hey kawan kawan ! lame dah tak update hehe
kenapa dengan bulan cinta ?
actually bulan 12 ni macam macam yang aku dengar pasal cinta .
putus cinta , bercinta , hurmm semuanya pasal cintalah .
aku pun muak dengan semua ni .cehh cehh
kenapa kali ni aku update pasal ni ?
entahlaa aku pun tak tahu sebenarnya haha *bongok kan ?
actually aku tak faham dengan public sekarang ni
semuanya sibuk mengejar cinta . takde mende lain ke yang boleh dikejar ?
kalau cinta tu boleh bagi duit , takpe jugak
ini tak semuanya melibatkan hati dan juga perasaan
tak penat ke korang semua berlawan dengan hati dan perasaan sendiri ?
hmm aku pulak dah malas ambil kisah pasal cinta
sometimes rasa penat nak bercinta *konon konon nya lah kan
semua benda nak kena jaga masa bercinta ni . kalau tak , macam macam boleh jadi
aduhai ada orang boleh sakit jiwa fikir pasal cinta ni
ada orang pulak sanggup menangis gila bagai nak rak bila bercinta dan putus cinta
hahaha rasa kelakar pun ada bila tengok gelagat orang bercinta ni
ada je benda yang tak kena lepas tu mulalah merajuk , terasa hati , buat kerja bodoh
tak lama lepas tu berlaku lah drama yang macam macam jenis genre
adoii kuat jugak rupanya penangan cinta ni ya ?
macam macam boleh jadi sampaikan ikatan perhubungan boleh putus
ish ish ish apa aku nak cakap pasal cinta ni lagi ya ?
ouh ya ! actually aku ni seorang yang gila membaca novel ^_^
orang orang selalu labelkan orang yang baca novel ni jiwang karat
tapi aku tak jiwang karat okay ?
itu just sebagai bahan bacaan ketika aku dilanda bosan tahap gaban
actually aku start minat membaca novel ni since aku umur 11 tahun haha *hebat kan
well , kalau dah menjadi sebagai 1 hobi nak buat macam mane kan :D
novel yang setebal 2000 ms pun aku sanggup baca *sangat gila
kalau buku buku pasal pelajaran tak pulak macam tu haha *ayat mak aku ni
hahaha dah macam macam jenis novel cinta cintun aku baca sampai sekarang ni
macam macam jenis kisah cinta yang aku jumpa
siap menangis nangis lagi aku baca novel tahu ? *feeling sangat
hahaha rasa macam kelakar pun ada bila menangis baca novel ni
well , aku menangis bukan sebab terharu ke apa
aku menangis sebab sebab sifat tidak berperikemanusiaan seseorang terhadap orang lain
aku minat baca novel ni pun sebab aku seronok belajar sesuatu perkara
sometimes baca novel ni boleh bagi aku satu pengajaran dalam hidup *kalau berkaitan
hahaha entah apa apa kan aku punya statement
so , kesimpulan yang aku boleh buat kat sini ialah : apabila bercinta , hargailah sesebuah hubungan tersebut . janganlah menghancurkannya kerana ianya akan melukakan hati dan perasaan seseorang sehinggakan sanggup melakukan perkara perkara bodoh dan tidak masuk akal . lagi satu, jangan cepat merasakan bosan dalam sesebuah hubungan kerana cinta itu buta !
*walaweh ayat tak boleh bla kot hahahaha (rasa nak gelak berguling guling aku baca)
No comments:
Post a Comment